Dimanakan Ku Cari Ganti?

Pendahuluan

Pasaran wang yang turun naik akan mendatangkan masalah besar kepada sesebuah negara. Ia juga akan mendatangkan masalah kepada rakyat. Isu seperti ini biasa timbul dan boleh mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat.

Pasaran Wang

Bagi saya seorang individu yang kurang arif dengan pasaran wang, permainan atau perniagaan wang adalah satu perkara yang merumitkan. Saya hanya membeli wang negara asing untuk membuat perjalanan kenegara asing. Tidak lebih dari itu. Walaubagaimana pun bagi orang yang berniaga lain pula. Boleh diperhatikan bahawa dengan nilai matawang yang turun barang-barang import akan dijual dengan harga yang lebih mahal. Kos ini juga akan naik bagi barangan tempatan.

Wang pencen

Wang pencen yang diperolehi setiap tahun adalah lebih kurang sama dari tahun kesetahun. Tidak ada tambahan pendapatan kecuali ada tambahan yang diberi oleh kerajaan yang memerintah. Jadi dengan pendapatan kita yang hampir sama, keadaan akan menjadi lebih teruk. Persoalannya dimana kita terpaksa mencari ganti untuk menampung keperluan kita.

Macamana dengan orang yang tidak berpencen. Ia akan bergantung dengan simpanan yang ada. Lebih kurang sama dengan orang berpencen. Kalau duit sudah habis semasa berhenti kerja? Itu suatu soalan yang susah hendak saya jawab. Mungkin terpaksa terus berkerja untuk menyara hidup kita dan keluarga kita. Kita boleh sama-sama fikirkan untuk menyelsaikan maslah rumit ini.

Macam Mana Nak Kira

Untuk mengira pendapatan kita Plebihan kita boleh buat formula sendiri.

Plebihan=Ppendapatan - Pperbelanjaan-tetap - Pmakan - Ptak-tetap + Plain

Plebihan adalah perbelanjan yang lebih setiap bulan. Pperbelanjaan-tetap adalah perbelanjaan yang kita biasa buat setiap bulan seperti elektrik, air, gas, telefon dan iwk. Pmakan adalah belanja untuk kita makan, minum, ubat-ubatan. Ubat-ubatan saya letak dibawah makan kerana itu satu keperluan diperingkat umur kita sekarang. Ptak-tetap adalah pelbagai yang kita buat seperti melancong. Plain adalah pendapatan lain yang boleh kita perolehi. Plain adalah amat penting kerana ia boleh menampung perbelanjaan yang sentiasa meningkat.

Ini bermakna kalau yang - semua naik tanpa Plain, Plebihan akan sentiasa berkurang dan akan jadi negatif. Keadaan ini akan menjadikan lebih tenat. Sebagai contoh kita ada kebun getah dan kelapa sawit yang memberi sedikit sumbangan. Kita juga ada rumah sewa.

Saya mengakui saya bukanlah mahir atau pakar didalam bidang ini. Ini adalah satu pandangan dimana saya menghuraikan masalah didalam satu bentuk yang lebih mudah untuk saya bincangkan.


Apakah yang Boleh Dibuat?

Pada pandangan saya kita perlu mencari pendapatan tambahan iaitu Plain. Ianya amat mudah dari segi formula tetapi perlu dinilai dari pelbagai aspek untuk merealisasikannya.


Hassan Mat
PG00065851
Ditulis atau diedit pada: 20, 24, 29 Februari 2016