Dimanakah Saya?

Pendahuluan

Umur saya sekarang mencecah 58 tahun. Sudah pencen semasa umur cukup 56 tahun. Dengan duit pencen itulah saya cuba hidup. Duit ganjaran pencen yang diperolehi selepas pencen berlalu begitu sahaja membayar hutang-hutang yang ada tetapi tidaklah sepenuhnya. Persoalannya adakah duit pencen itu cukup untuk saya dan keluarga didunia yang makin mencabar ini?

Pencen

Apabila kita pencen pendapatan itu cuma sekurang-kurangnya 50% dan mungkin kurang berdasarkan berapa lama kita bertugas. Di Malaysia harga barang semakin bertambah. Harga sewa rumah juga makin meningkat. Dengan penambahan GST 6% menyebabkan harga barang meningkat. Hutang pun sekeliling pinggang. Hutang kereta, hutang rumah kami masih ada.

Pendapatan Sampingan

Untuk mendapat pendapatan sampingan perlukah saya berkerja semula? Itu satu persoalan yang biasa timbul dikepala kita. Umur 58 tahun, badan dah semakin lemah. Kesihatan pun sudah berkurangan dan sudah tidak mampu membuat kerja berat. Ada yang menghadapi masalah darah tinggi, kencing manis dan juga masalah dengan buah pinggang. Ada pelbagai lagi penyakit yang data diusia yang lanjut ini.

Buat Bisnes

Umur yang sudah lanjut ini rasanya saya sudah tidak mampu untuk bersaing didalam bisnes. Kalau dari dahulu saya sudah mencebur diri didalam bisnes mungkin boleh. Tapi apakan daya saya tidak berkecimpung di dalam bisnes. Membuat bisnes diperingkat umur saya adalah amat sukar dan amat memudaratkan. Saya terpaksa bersaing dengan orang muda, orang yang masih lagi aktif memulakan atau menjalankan bisnesnya. Banyak selok-belok bisnes yang perlu dipelajari, dan mungkin sudah agak terlewat. Ada yang memulakan bisnes tetapi gagal dan kehilangan modal.


Apakah yang Boleh Dibuat?

Itu satu persoalan yang perlu dicari dan dijawab untuk menyelsaikan masalah kewangan yang dan dihadapi kebanyakkan orang diperingkat umur saya sekarang. Jawapannya boleh membantu orang yang seperti saya dan juga generasi akan datang.Diusia ini saya mula berjinak-jinak dengan emas yang dikeuarkan oleh Public Gold.


Hassan Mat
PG00065851
Ditulis atau diedit pada: 20 Februari 2016