Google
Duitku Sentiasa Kering

Pendahuluan


Teringat ketika saya melanjutkan pelajaran satu ketika dahulu di England bersama-sama keluarga. Suatu ketika duit yang saya ada didalam poket kekeringan. Baru saya sedar bahawa duit biasiswa yag saya terima setiap bulan adalah tidak mencukupi untuk menampung sebuah keluarga.


Saya Sudah Pencen

Seperti yang saya sebut beberapa kali bahawa saya telah pencen pada tahun 2014. Pendapatan saya telah dipotong separuh.Pada masa sekarang duit yang saya perolehi setiap bulan perlu menampun keperluan keluarga saya. Kalau kita lihat formula yang telah saya terangkan dahulu iaitu:


Plebihan=Ppendapatan - Pperbelanjaan-tetap - Pmakan - Ptak-tetap + Plain

Dengan tiada pendapatan sampingan saya hanya bergantung kepada pendapatan pencen. Boleh dikatakan pendapatan saya adalah kering. Semasa saya belajar dahulu saya masa mendapat gaji sebagai penjawat awam. Oleh itu saya masih mampu untuk menggunakan gaji. Tapi kalau saya sudah berpencen bermakna sudah hilang gaji saya.


Apa Yang Perlu Saya Buat
Sebolehnya tindakan-tindakan yang saya nyatakan disiniboleh dilaksanakan sebelum anda berpencen lagi atau berhenti kerja:

  • Cari kerja sampingan yang tidak menggangu tugas hakiki. Dunia sekarang telah berputar disisi internet. Cari apa yang boleh dibuat menggunakan untuk menghasilkan pendapatan;
  • Cari alternatif yang dapat menyimpan hasil pendapatan. Menyimpan niai duit melalui emas; dan
  • Buat kerja sampingan. Ini boleh memudaratkan anda.
Kalau ada pilihan lain kita boleh tambahkan kemudian.


Menyimpan Nilai Duit MelaluiEmas

Pada masa dahulu wang diguna sebagai ganti kepada emas yang biasanya disimpang oleh Bank Negara (Malaysia).Walau bagaimanpun keadaan sudah bertukar kerana wang dan emas menjadi dua entiti berbeza. Ia mula dilaksanakan di USA semasa era Presiden Nixon.

Pada saya mula kerja dahulu adalah sukar untuk menguruskan emas. Tetapi sekarang banyak syarikat yang mengendalikannya. Diantara syarikat yang adalah Public Gold. Mula beroperasi tahun 2008. Saya sendiri mula membuat pelaburan dengan Public Gold pada bulan Januari 2016. Saya boleh dikatakan orang baru dalam menyimpan emas.

Nilai wang dari setahun kesetahun makin menurun. Agaknya wang sentiasa dicetak dan emas simpanan adalah hampir sama.Ini boleh menyebabkan nilai wang semakin rendah. Tetapi yang pentingnya kita perlu menyimpan emas kerana harta kita iaitu emas tidak susut nilainya. Kalau kita simpan wang, ianya tiada nilai sebenar. Wang adalah kertas atau plastik


Apa yang Perlu Saya Buat?

Adalah penting bagi saya untuk menyimpan "nilai wang" sebenar. Tiada cara lain, selain menyimpan emas. Dimasa muda dahulu saya tidak begitu peduli dengan nilai wang. Gaji saya masa dahulu adalah mencukupi. Bukan kaya tapi mencukupi. Sekarang saya kena ambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga "nilai wang" saya.


Saya cadangkan anda juga mengambil langkah yang sama. Pilihan yang terbaik bagi saya adalah Public Gold kerana nilai pasarannya adalah murah, dijamin, dan tiada GST kerana emas mereka adalah emas LMBA dari Turki.

Disediakan oleh:
Hassan Mat
PG00065851

Locations of visitors to this page
Dated: 28 February 2008
Copyright 2007-kini& Disclaimer
www.jabi-online.com
Hosted at: