Google
5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan

Pendahuluan
Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai yang confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya Power Gold, GCP, GSR, Sri Ayu dsb. Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya terus ejen syarikat tersebut sebab saya takut maklumat yang saya bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Ejen syariat itu sendiri lebih layak untuk bagi penerangan tentang bisnes mereka.

Saya cuma expert tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya survey, emas pelaburan paling berkredibiliti di Malaysia ialah Kijang Emas BNM (dijual Maybank), emas jenama antaranbangsa yang dijual di UOB Bank, emas Kuwait Finance House (KFH) dan Public Gold sahaja. Saya secara peribadi lebih fokus kepada Public Gold sebab saya perhati, Public Gold ialah emas pelaburan yang mempunyai fasiliti terbaik di Malaysia buat masa sekarang.

Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! Kalau beli emas untuk dapat harga tertinggi bila jual balik nanti, pastikan 5 kriteria penting ni sebelum membeli;

  • Harga rendah
  • Spread (susut nilai) rendah
  • Stok tiada had
  • Cawangan tempat jual beli banyak
  • Syarat jual beli tak cerewet

Kriteria #1 – Harga Rendah

Cuba bandingkan harga dia dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan at least harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah tak semestinya terbaik sebab mungkin spread / susut nilainya sangat tinggi! Jadi jangan mudah terpengaruh bila dengar emas tu murah. Takut-takut, bila nak jualnya pun jauh lebih murah!

Untuk bandingkan harga, sahabat semua boleh cek di website company tu, antaranya;

  • Kijang Emas
  • Public Gold
  • Power Gold
  • Sri Ayu
  • Goldcrest Pavilion (GCP)
  • Gold Silver Resources (GSR)
  • Dinar Kelantan
  • Kelantan Gold (private)


Kriteria #2 – Spread (Susut Nilai) Rendah

Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak kita akan dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat pengiraan la sikit.

Formulanya, cuba tengok harga semasa, berapa harga dia jual, tolak (-) harga dia beli balik. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.

harga dinar public gold 10 ogos 2015Contohnya, harga semasa 1 Dinar Public Gold (10 Ogos 2015, jam 6.56 pagi).

  • Harga PG Jual : RM626 (harga PG jual kepada kita)
  • Harga PG Beli : RM575 (harga PG beli balik daripada kita)
  • Spread : RM51 atau bersamaan 8% atas harga PG jual.
Spread 8% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 2% (10% – 8%). Spread 8% itu dikira rendah sebab ada syarikat yang kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tu masih lagi rugi 5% (10% – 15%)!

Kriteria #3 – Stok Tiada Had

Sahabat semua kena pastikan syarikat itu boleh supply emas secara konsisten terutamanya bila harga emas jatuh mendadak. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Saya perhati, Kijang Emas dan Dinar Kelantan agak bermasalah sikit dari sudut ini. Bila harga emas jatuh mendadak, memang tak ada stok! Pembeli terpaksa nganga jer lah, sedangkan itulah peluang untuk maksimumkan keuntungan dengan tambah lagi belian pada harga rendah…

Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan sekadar stok TIADA HAD tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Bila harga emas naik, kita boleh book harga beli (lock price) secara on the spot. Bila harga emas turun, kita boleh book harga jual juga secara on the spot! Buat masa ini, hanya Public Gold sahaja yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.

harga emas kitco public goldHarga emas dunia dipaparkan secara real-time di kitco.com

Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock (kunci) harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Public Gold beri tempoh pembayaran dalam masa 4 hari (tempoh yang munasabah) dari masa kita lock harga tu. Ini bukan teori, tapi realiti. Jadi, pembeli emas Public Gold berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.

Kriteria #4 – Cawangan Jual Beli Banyak

Kena cek berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli sebagaimana Public Gold – setakat ini mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.

Contohnya emas Sri Ayu. Saya tengok emas Sri Ayu antara emas pelaburan paling murah dan spreadnya pun juga agak rendah. Tapi masalahnya ialah cawangan dia cuma di Kelantan dan ada 3 cawangan di luar Kelantan (Jerteh, Kuala Kangsar, Kuantan). Emas Sri Ayu mungkin terbaik untuk orang di Kelatan, tapi bagi orang luar Kelantan saya rasa ia bukan terbaik.

Saya tak nafikan memang ramai dealer Sri Ayu di luar Kelantan, tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada dealer sebab bila kita nak jual balik, dealer ada pilihan samada nak beli balik ataupun tak. Tapi company memang terpaksa beli balik kalau kita nak jual.

Kriteria #5 – Syarat Jual Balik Tak Cerewet

Syarat ni pun penting. Kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.

Emas public gold kemek calarGold bar lama keluaran Public Gold. Public Gold jamin beli balik dengan harga tinggi walaupun emas tu calar, kemek dsb, kita lebih peace of mind.

emas pamp suisse lady fortunaEmas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! Kebanyakkan emas pelaburan yang dijual di bank dan kedai emas biasanya berseal.

gold bar kuwait finance houseGold bar Kuwait Finance House ni pun tak boleh dibuka sealnya. Tak boleh buka seal maksudnya tak boleh pajak. Nanti terpaksa jual ke kedai emas dengan spread 25%!

gold bar LBMA 10 gramEmas Public Gold terbaru yang dikeluarkan hujung tahun 2014 juga berseal. Kalau seal ini dibuka (potong / gunting), Public Gold jamin beli semula emas tu tapi dengan susut nilai yang lebih tinggi iaitu 10%. Emas lain biasanya 25%.

Itulah 5 kriteria penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Lepas cek kelima-lima ciri, pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’ untuk kesemua ciri-ciri tersebut. Setakat yang saya perhati, tak ada company yang boleh skor 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tu. Yang dapat the highest score setakat ni ialah Public Gold.

Credit to: Kak Ina PG
---

👉 Sebarang pertanyaan/belian, whatapps :
✅ ZR Gold Trader
✅ Zilie Rahman
✅ 016-6090137

Disediakan semula oleh:
Hassan Mat
PG00065851


Locations of visitors to this page
Dated: 28 February 2008
Copyright 2007-kini& Disclaimer
www.jabi-online.com
Hosted at: