Timbul Penyesalan di Hari Tua

Pendahuluan

Umur saya sekarang mencecah 58 tahun(Tahun 2016). Sudah pencen semasa umur cukup 56 tahun. Tiba-tiba rasa penyesalan kerana tidak mengambi langkah-langkah tambahan untuk menjaga wang pendapatan.

Pencen

Bila pencen pendapatan kita cuma 50% dan mungkin kurang berdasarkan berapa lama kita bertugas. Senario mungkin berbeza bagi setiap orang. Semasa kita pencenlah kita akan berhadapan dengan pelbagai rintangan. Dari hari kehari, harga barang semakin meningkat. Bukan sahaja disebabkan inflasi malah kejatuhan nilai matawang. Harga sewa rumah juga makin meningkat. Kalau kita ada rumah sendiri itu dapat membantu kita. Dengan penambahan GST 6% menyebabkan harga barang meningkat. Hutang pun sekeliling pinggang. Hutang kereta, hutang rumah kami masih ada dan terpaksa ditanggung menggunakan duit pencen.

Timbul Penyesalan

Saya telah mula berkerja sebagai seorang penjawat awam dan pencen sebagai seorang penjawat awam. Walau bagaimana pun Diusia yang lanjut ini timbul pelbagai penyesalan:

Kerja Lain

Saya mula bertugas pada tahun 1982 disebuah jabatan kerajaan. Ramai kawan-kawan yang mecari kerja disyarikat swasta. Sebagai seorang yang mempunyai biasiswa kerajaan saya terus bertugas di Jabatan yang sama walau pun ada kawan-kawan yang ajak pegi. Mungkin diperingkat itu saya tidak ada kesedaran mengenai kewangan. Pada panndangan saya pencen adalah lebih baik. Ada kalanya pencen adalah lebih baik. Kini saya sudah tidak pasti samaada pencen adalah lebih baik.

Nilai Duit Pendapatan

Duit pencen adalah sama dari setahun kesetahun kecuali ada peningkatan yang diluluskan oleh kerajaan. Nilai duit akan turun disebabkan inflasi. Inflasi akan menyebabkan harga barang naik dan nilai ini akan ditanggung oleh duit pencen yang tiada peningkatan dan ada ketikanya tidak dapat ditanggung lagi. Nilai duit juga turun disebabkan nilai matawang. Perkara ini telah berlaku pada tahun 1998. Walau bagaimana pun kerajan dapat mengambil tindakan untuk menjaga nila matawang. Pada tahun 2015 sekali lagi nilai duit telah jatuh. Nilai matawang terus dibiarkan untuk mengikut harga pasaran dan nilainya masih rendah. Dengan nilai yag rendah barang-barang yang diimpot semakin mahal.

Apakah yang Boleh Dibuat?

Itu satu persoalan yang perlu dicari dan dijawab untuk menyelsaikan masalah kewangan dan yang dihadapi kebanyakkan orang diperingkat umur saya sekarang. Jawapannya boleh membantu orang yang seperti saya dan juga generasi akan datang. Saya mencari alternatif dan diusia ini saya mula berjinak-jinak dengan emas yang dikeuarkan oleh Public Gold. Saya percaya bahawa pilihan ini dapat membantu saya menghadapi cabaran yang saya hadapai sebagai orang yang pencen.


Hassan Mat
PG00065851
Ditulis atau diedit pada: 09,29 Mac, 11 April 2016