|
|
||
|
LATAR-BELAKANG Terdapat banyak bahan bacaan yang disediakan di dalam bahasa inggeris mengenai buah manggis ("Mangosteen"). Kalau di Kelantan, Malaysia buah manggis juga dikenali sebagai buah se'ta (Setto). Ejaan sebenar adalah agak sukar dikenalpasti kerana bergantung kepada sebutan. En. Halim Yazid mengabadikan keunikan buah manggis di dalam sebuah lagu dikir-barat yang dinamakan "Amy Ngan Wah Setto". Laman ini harap dapat menjadi salah satu dari sumber maklumat bagi buah manggis, terutama bagi kegunaan mereka yang tidak dapat memahami bahasa inggeris. Sekiranya terdapat maklumat yang anda fikirkan dapat memperkemaskan laman ini harap hantar maklumat ke manggis@jabi-online.com MANGGIS Buah manggis dihasilkan oleh pokok manggis. Pokok Manggis (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah". Pokok manggis adalah satu pokok yang senang dipanjat diambil buahnya kerana dahannya bercabang disekeliling pokok. Manggis dikenali dengan pelbagai nama iaitu: manggis, mangostan, masetor, dan sementah. Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah (Mengikut loghat Kelantan "cekoh"). Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya. [Dipetik dari ms.wikipedia.org]. KHASIAT Buah manggis ("Mangosteen" kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis "antioxidant". Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.[Dipetik dari ms.wikipedia.org]. RUJUKAN KAJIAN Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai khasiat Buah Manggis anda boleh melawat laman ini dan muat-turun e-book darinya E-Book buah manggis dalam bahasa inggeris PRODUK MANGGIS DIPASARAN Terdapat banyak syarikat yang membekalkan produk dari buah manggis. Salah satu syarikat yang membekal jus manggis adalah Xango. Produk adalah dijual melalui "Multi Level Marketing" (MLM), dan telah menembusi lebih dari 20 pasaran antarabangsa. Dijangka menembusi 90 pasaran antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang. Untuk mendapat maklumat lanjut boleh layari laman ini Xango. Perlu dimaklumkan bahawa untuk memasuki laman ini anda perlu mendaftar terlebih dahulu. PERAKUAN ORANG RAMAI
NOTAMaklumat akan ditambah dan akan dikemasakini dari semasa ke semasa.
|
||
|
|
Copyright 2007-2008& Disclaimer www.jabi-online.com |
|